[VIDEO] Jenazah mangsa tragedi kepala air tiba di HSNZ
KUALA TERENGGANU - Dua jenazah mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih Kemaman tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk proses bedah siasat.
Jenazah Azizah Eiyi, 40, dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, tiba kira-kira jam 10 pagi pada Isnin dengan dibawa kenderaan polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan, identiti dua beranak itu dikenal pasti selepas pengecaman dilakukan ahli keluarga di Bilik Forensik Hospital Kemaman, pada malam Ahad.
Jelas beliau, mayat Azizah ditemukan terapung dan dihanyutkan arus kira-kira 24 kilometer (km) dari lokasi kejadian sementara Muhammad Zulqarnain Haikal ditemukan tersangkut pada dahan pokok kira-kira 2km dari tempat kejadian.
Sementara itu, sepupu Allahyarham Azizah, Muhammad Syamsul Musa, 37, berkata, dia mengetahui tragedi menimpa mangsa pada tengah hari Ahad.
"Saya masih terkejut bila dapat tahu mereka sekeluarga ditimpa kepala air. Rasa sedih, sebak sebab saya rapat sangat dengan keluarga mereka.
"Kali terakhir saya bertemu arwah (Azizah) dan anak-anak pada bulan puasa lepas. Masa tu arwah melawat ibu saya yang meninggal dunia di Sungai Besar, Selangor," ujarnya.
Setakat ini, dua mangsa tragedi kepala air telah ditemukan manakala lapan lagi masih hilang.
Mangsa yang hilang ialah Karim Abdullah, 39; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.
Seorang lagi yang masih hilang ialah tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24 berasal dari Batu Pahat, Johor.
ARTIKEL BERKAITAN:Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air
Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal
Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air
Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti
Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsaMuat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!