Lelaki ditemui lemas ketika menjaring ikan
PORT DICKSON - Seorang lelaki ditemukan lemas selepas menjaring ikan bersama tiga lagi rakannya di Pantai Batu 1 di sini pada petang Ahad.
Komander operasi, Penguasa Kanan Bomba (PgKB) II Jelani Ahad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 3.22 petang.
"Operasi mencari telah dilakukan sejak Ahad bagaimanapun pada jam 8.40 pagi Isnin mangsa dijumpai telah meninggal dunia oleh pihak bomba di hadapan Waterfront Pulau Arang dekat sini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 9.32 pagi.
Sementara itu, Sinar Harian difahamkan mayat mangsa di bawa ke Hospital Port Dickson untuk proses bedah siasat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!