Tragedi kepala air: Mayat ketiga, keempat ditemui - Polis
03 Julai 2023 11:51am
Masa membaca: 4 minit
Dua lagi mayat ditemukan lemas selepas dipercayai dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di sini pada Ahad, sementara enam yang lain dikhuatiri masih hilang. Foto JBPM Terengganu
Hanyan ketika memberi penerangan ringkas berhubung gerak kerja operasi dan menyelamat mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar, Kampung Air Putih pada Isnin.
Anggota penyelamat mengangkat dua lagi mayat yang ditemukan lemas selepas dipercayai dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Mawar, Kampung Air Putih pada Ahad, sementara enam yang lain dikhuatiri masih hilang. Foto JBPM Terengganu
Gambar sembilan sekeluarga yang terlibat dalam kejadian kepala air di Jeram Mawar, Air Putih. Polis mengesahkan dua mangsa maut yang ditemukan merupakan ibu, Azizah Eiyi (dua dari kiri) dan anak, Muhammad Zulqarnain Haikal (kiri). Individu lain masih hilang. - Foto Bernama
KEMAMAN - Dua lagi mayat mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di sini ditemui pada pagi Isnin sementara enam yang lain dikhuatiri masih hilang.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mayat ketiga dan keempat ditemui masing-masing pada pukul 11.05 dan 11.25 pagi tadi.
ARTIKEL BERKAITAN:Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air
Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal
Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air
Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti
Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa