Menara Taming Sari kembali beroperasi hari ini

Pada Ahad, seramai 36 pengunjung dilapor berdepan detik cemas apabila terperangkap di dalam pelantar berputar jenis gyro Menara Taming Sari di Banda Hilir pada ketinggian 60 meter ketika ia turun.
Pada Ahad, seramai 36 pengunjung dilapor berdepan detik cemas apabila terperangkap di dalam pelantar berputar jenis gyro Menara Taming Sari di Banda Hilir pada ketinggian 60 meter ketika ia turun.
A
A
A

MELAKA - Menara Taming Sari di Banda Hilir di sini, kembali meneruskan operasinya seperti biasa hari ini selepas selesai dibaik pulih berikutan masalah teknikal yang dialami hingga menyebabkan 36 pengunjung terkandas pada Ahad.

Timbalan Pengerusi Menara Taming Sari Berhad, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, baik pulih kerosakan pada sistem teknikal menara itu dilakukan pada 8 malam Ahad dan siap sepenuhnya pada 11 malam.

"Saya juga telah menaiki Menara Taming Sari untuk ujian kebolehkerjaan pada malam tadi (Ahad) dan pada pagi ini (Isnin), saya juga bersama Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman mengadakan lawatan semula di Menara Taming Sari bagi meninjau keadaan menara itu sebelum ia memulakan operasi," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Pada Ahad, media melaporkan 36 pengunjung berdepan detik cemas apabila terperangkap di dalam pelantar berputar jenis gyro Menara Taming Sari di Banda Hilir pada ketinggian 60 meter ketika ia sedang turun.

Dalam kejadian itu, pengunjung membabitkan 26 dewasa, lapan kanak-kanak, seorang warga emas dan seorang orang kurang upaya (OKU) berjaya diturunkan dengan selamat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!