JPJ minta bantuan polis kesan Opai

Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Erick
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Erick
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ekoran keengganan Aliff Awang atau mesra sebagai Opai untuk membantu siasatan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meminta bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan individu tersebut.

Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata, Opai yang merupakan suami kepada pelakon Fatin Afeefa gagal menghadirkan diri bagi membantu siasatan berhubung penggunaan nombor pendaftaran 'QPA1' yang bukan didaftarkan atas kereta McLaren miliknya.

Beliau berkata, lelaki itu sehingga kini masih belum hadir ke pejabat JPJ bagi dirakam keterangan, selepas notis panggilan temu siasat diserahkan kepadanya.

"JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sudah menyerahkan notis panggilan percakapan ke alamat rumahnya, namun selepas 14 hari dia masih tidak datang ke pejabat JPJ untuk memberi keterangan.

"Jadi kita meminta bantuan PDRM kerana mereka ada kuasa untuk mengeluarkan waran dan mengesannya di rumah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Mengulas lanjut, Erick berkata, pihaknya yakin dan mempercayai Opai masih berada di ibu negara ketika ini.

Ekoran kegagalan menghadirkan diri bagi diambil percakapan, Erick berkata, JPJ menyifatkan tindakan mengabaikan notis temu siasat itu sebagai mencabar jabatan tersebut dalam melakukan siasatan.

Opai sebelum ini tular di media sosial apabila bergambar dengan sebuah kereta mewah dengan memaparkan plat kenderaan OPA1.

Malah baru-baru ini, dia juga teruk dikecam netizen selepas tular videonya didakwa menghina kenderaan bukan 'super car' pada sebuah acara pertunjukan kereta.

Ekoran kejadian tersebut, JPJ Kuala Lumpur menggesa pemilik kenderaan mewah McLaren yang tular minggu lalu tampil membuat laporan.

Susulan itu, lelaki terbabit memuat naik satu klip video menafikan dakwaan dia dipanggil pihak berkuasa berhubung kejadian tular itu.

ARTIKEL BERKAITAN:

https://www.sinarharian.com.my/article/264409/berita/semasa/jpj-akan-panggil-pemilik-mclaren-bantu-siasatanhttps://www.sinarharian.com.my/article/264362/berita/hiburan/suami-fatin-afeefa-jelaskan-nombor-plat-fancy-pakai-masa-kahwin https://www.sinarharian.com.my/article/266273/berita/semasa/polis-belum-terima-laporan-plat-kereta-mewah-qpa1

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!