[VIDEO] Terengganu aktifkan jawatankuasa keselamatan pelancong - Exco

Ariffin (dua dari kiri) bertemu waris mangsa tragedi kepala air di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu. - Foto Facebook Ariffin
Ariffin (dua dari kiri) bertemu waris mangsa tragedi kepala air di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu. - Foto Facebook Ariffin
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri akan mengaktifkan jawatankuasa keselamatan pelancong susulan tragedi kepala air yang menimpa 10 mangsa di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di Kemaman pada Ahad.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, langkah itu perlu segera diambil bagi memastikan pengunjung yang datang ke Terengganu lebih peka terhadap isu berkaitan keselamatan.

Menurutnya, langkah keselamatan seperti memasang papan tanda amaran perlu diberi tumpuan di kawasan perkelahan dan rekreasi yang berisiko berlaku kejadian kepala air.

"Kita akan bincang langkah terbaik untuk beri amaran kepada pelancong supaya lebih peka terhadap isu berkaitan soal keselamatan.

"Kita sudah tubuh jawatankuasa keselamatan pelancong untuk kita lihat keadaan di pulau, sungai, pantai di pedalaman atau kawasan air terjun terutama yang melibatkan kes kepala air," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat keluarga mangsa lemas di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada Isnin.

Menurut Ariffin, kawasan perkelahan di Jeram Air Putih telah diarah ditutup sementara daripada dikunjungi orang ramai.

Ujarnya, kerajaan negeri meminta semua agensi berkaitan termasuk Jabatan Perhutanan negeri (JPN) memasang tali amaran dan papan tanda notis penutupan kawasan itu.

Dalam pada itu, Ariffin berkata, pelancong juga diminta supaya lebih peka terhadap perubahan iklim bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Sebenarnya tragedi ini tidak disangka kerana berlaku di luar dari musim tengkujuh kerana biasanya kawasan-kawasan rekreasi melibatkan aktiviti air kita tutup apabila masuk musim tengkujuh.

"Tragedi yang berlaku ini di luar jangkaan sebab beberapa hari sebelum itu ada berlaku hujan lebat, termasuk di Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman tapi pada waktu berlainan.

"Keadaan hujan yang berlaku itu mungkin menyebabkan kejadian kepala air," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air

Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal

Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air

Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa

Tragedi kepala air: 9 mangsa sudah ditemukan setakat tengah hari

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!