Bahang menyambut Hari Kebangsaan
Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dihiasi dengan deretan Jalur Gemilang sebagai memupuk semangat patriotik terhadap negara sempena sambutan Hari Kebangsaan bulan hadapan.
Walaupun sambutan Hari Kebangsaan disambut pada 31 Ogos ini, namun Jabatan Penerangan Pulau Pinang dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) mula memasang Jalur Gemilang di sekeliling bangunan Komtar.
Sebanyak 250 helai Jalur Gemilang pelbagai saiz dikibarkan di bangunan Komtar.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!