Mek Kelate 'mendunia' di Jepun

Gii dalam videonya berkongsi keadaan musim Bunga Sakura di Jepun.
Gii dalam videonya berkongsi keadaan musim Bunga Sakura di Jepun.
A
A
A

SHAH ALAM - Sekali pandang, rupa parasnya saling tidak tumpah seperti rakyat tempatan namun, siapa sangka wanita jelita yang kerap bersiar-siar di tengah bandar Tokyo, Jepun dan sering berkongsi videonya di platform TikTok merupakan rakyat Malaysia.

Menerusi video berdurasi 31 saat di TikTok, wanita yang lebih dikenali dengan nama Gii itu memaparkan aktiviti travelog di sekitar kawasan utama di kota raya tersebut termasuk Asakusa, dengan lengkap berbusana tradisional Kimono.

Apa yang menarik perhatian warga maya dalam video tersebut adalah kefasihannya bertutur dalam bahasa Melayu dialek Kelantan.

“Hari ini kita jalan-jalan di Tokyo, lepas itu kita cakap dalam dialek Kelantan sikit,” katanya.

Gii menunjukkan kawasan pelancongan utama di Asakusa.
Gii menunjukkan kawasan pelancongan utama di Asakusa.

Gii yang merupakan seorang pramugari dilihat santai menikmati sushi di sebuah restoran makanan Jepun dan hantarannya itu mendapat perhatian lebih 13,000 pengguna di TikTok.

Pemilik akaun TikTok, Latte Frape memuji kemanisan wajah Gii di ruangan komen manakala Izzatraz pula berkata, masyarakat Kelantan terbukti terkenal di seluruh rantau dan telah 'mendunia'.

Seorang lagi pengguna TikTok menggunakan nama Aku Insan Lemah turut mencelah dalam ruangan komen sambil menzahirkan kekaguman atas penggunaan dialek Kelantan oleh Gii.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!