Datuk Bandar Mexico kahwini buaya sempena pesta menuai
OAXACA - Datuk bandar sebuah bandar kecil di Mexico berkahwin dengan seekor buaya dalam upacara tradisional pesta menuai, dipercayai bagi menjamin kemakmuran.
p>Susulan upacara tersebut yang berlangsung 30 Jun lalu, pengantin lelaki itu dilihat mencium reptilia berkenaan yang mulutnya diikat rapi.Buaya berusia tujuh tahun itu dan diberi nama 'Little Princess' dipercayai mewakili dewi berkaitan dengan alam semula jadi.
Perkahwinan tersebut melambangkan penyatuan manusia dengan golongan dewa.
Tradisi tersebut diamalkan sejak beberapa abad lalu oleh golongan Orang Asli Chontal dan Huave di Oaxaca.
"Ini merupakan penyatuan dua budaya yang berbeza iaitu golongan Huaves dan Chontales," kata Datuk Bandar Victor Hugo Sosa kepada pemberita susulan upacara tersebut. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!