Bekas MP Kalabakan, Ghapur Salleh meninggal dunia

Bekas Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh meninggal dunia pada jam 12.07 tengah malam Selasa.
Bekas Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh meninggal dunia pada jam 12.07 tengah malam Selasa.
A
A
A

KOTA KINABALU - Bekas Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh meninggal dunia pada jam 12.07 tengah malam Selasa.

Ahli politik veteren berusia 80 tahun itu disahkan meninggal dunia di Gleneagles Hospital Kota Kinabalu oleh anak perempuannya, Noraini.

"Meninggal dunia di Gleaneagles Kota Kinabalu pada jam 12.07 tengah malam dan akan dikebumikan di Kampung Likas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Sebelum itu, difahamkan jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disolatkan di kediamannya di Kampung Likas serta solat jenazah yang kedua akan diadakan di Masjid Jamik Likas.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Likas pada jam 10 pagi ini.

Sebelum itu, berita duka pemergian bekas Ketua UMNO Kalabakan itu turut dikongsikan oleh pemimpin di Tawau termasuk Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri dan juga ADUN Kukusan, Rina Jainal.

Dalam hantaran Rina di laman Facebook rasmi beliau turut menyampaikan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.

"Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!