Pochettino tekad kembalikan Chelsea ke landasan kemenangan

Mauricio Pochettino
Mauricio Pochettino
A
A
A

PENGENDALI baharu Chelsea, Mauricio Pochettino bertekad mahu membawa kembali kegemilangan ke kelab itu dalam saingan liga musim depan.

Pochettino memulakan tugas secara rasmi di Stamford Bridge pada awal Julai dan menuju ke barat London dalam situasi pasukan yang sedang berdepan masalah kemerosotan prestasi.

The Blues mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu di tempat ke-12 walaupun telah merekrut ramai pemain baharu dengan perbelanjaan besar.

"Saya tahu keadaan di Chelsea dan mereka adalah salah satu kelab terhebat di dunia. Sudah tentu, mudah untuk kami (Pochettino dan staf) mengambil keputusan untuk berpindah ke sini.

"Saya fikir ia mengujakan kami dan sudah tentu apa yang kami mahukan ialah membawa kegembiraan sekali lagi kepada kelab bola sepak yang hebat ini," katanya.

Pochettino masih belum memenangi trofi sebagai pengurus di England tetapi menjulang gelaran Ligue 1 sebagai jurulatih Paris St Germain (PSG) pada 2022 sebelum dipecat beberapa minggu kemudian.

"Sejarah Chelsea adalah untuk menang. Tetapi, ia juga penting dalam cara kami akan membina kemenangan – saya rasa dalam 10, 12, 15 tahun terakhir Chelsea adalah pasukan terhebat di England.

"Peminat kami, mereka juga sangat teruja untuk sekali lagi untuk cuba menang dan sudah tentu, bagi kami kami berasa sangat teruja untuk bekerja dengan pasukan yang sangat muda," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!