Gerrard dilantik pengendali Al-Ettifaq

Steven Gerrard
Steven Gerrard
A
A
A

BEKAS kapten Liverpool, Steven Gerrard merupakan nama besar terbaharu yang berpindah ke Arab Saudi selepas menandatangani perjanjian untuk menjadi pengendali kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq.

Gerrrard kembali dalam bidang kejurulatihan selepas dipecat oleh Aston Villa pada Oktober kurang setahun selepas menang hanya dua daripada 12 perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris.

"Kami sangat teruja untuk mengumumkan Steven Gerrard adalah ketua jurulatih baharu kami," kata kelab itu di Twitter.

Gerrard, yang sebelum ini mengetuai Rangers menjulang kejuaraan Liga Perdana Scotland pada 2020-21 untuk mendapatkan trofi pertama dalam karier kejurulatihannya.

Dia telah menjadi sasaran jangka panjang untuk kelab Saudi itu tetapi dia mendedahkan bulan lalu telah menolak tawaran awal daripada Al-Ettifaq.

"Saya telah dijemput ke sana untuk melihat tawaran yang berpotensi saya lakukan dan telah menganalisisnya sejak beberapa hari lalu.

"Buat masa sekarang saya tidak akan menerima tawaran itu," kata Gerrard kepada BT Sport pada final Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun Al-Ettifaq tidak berputus asa dan terus memberikan tawaran yang menyebabkan Gerrard telah berubah hati.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!