Brozovic sertai Al-Nassr

Brozovic (kanan) selepas menandatangani kontrak bersama Al-Nassr.
Brozovic (kanan) selepas menandatangani kontrak bersama Al-Nassr.
A
A
A

PEMAIN tengah Inter Milan, Marcelo Brozovic memuktamadkan perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al-Nassr dengan kontrak tiga tahun.

Kelab itu tidak mendedahkan nilai perpindahan pemain itu, namun media Itali menyatakan bayaran yang dibuat Al-Nassr untuk mendapatkan pemain itu sekitar €18 juta (RM92 juta).

"Setiap orang mahukannya. Dia hanya mahukan kami. #BrozovicIsYellow," ciap Al-Nassr dalam Twitter.

"Jangan bimbang saya berada di sini. Saya pilih Al-Nassr," kata pemain antarabangsa Croatia itu.

Brozovic, 30, menyertai Inter pada 2015 dan membantu mereka memenangi kejuaraan Serie A pada musim 2020-21 selain dua trofi Piala Itali.

Dia turut berada dalam kesebelasan utama Inter yang tewas pada final Liga Juara-Juara di tangan Manchester City musim lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!