[VIDEO] Tragedi Iboi genap setahun, penduduk masih diselubungi trauma

Ahmad menunjukkan tapak asal rumahnya yang hanyut dibawa arus dalam tragedi banjir aliran puing Kampung Iboi Julai tahun lalu, kini hanya tinggal tanah lapang.
Ahmad menunjukkan tapak asal rumahnya yang hanyut dibawa arus dalam tragedi banjir aliran puing Kampung Iboi Julai tahun lalu, kini hanya tinggal tanah lapang.
A
A
A

BALING - Tragedi banjir aliran puing di Kampung Iboi yang menyebabkan tiga beranak terkorban pada petang Isnin, 4 Julai tahun lalu masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia.

Mangsa, Ahmad Lateh, 73, mengakui biarpun sudah setahun tragedi itu berlaku, namun masih meninggalkan trauma dalam dirinya walaupun cuba melupakan peristiwa sedih itu.

Jelasnya, tanah di lokasi itu dahulunya subur dengan tanaman padi dan kebun buah-buahan selain terkenal dengan kecantikan aliran sungai serta panorama air terjun Lata Celak, kini bagaikan padang jarak padang terkukur.

Ahmad (kiri) tidak mampu menahan sebak ketika mengingati semula peristiwa yang menyebabkan mereka kehilangan harta benda dan mengorbankan tiga nyawa termasuk isteri, anak dan menantu Abd Rahman (kanan).

Katanya, jambatan yang digunakan untuk menyeberangi sungai, runtuh termasuk rumahnya yang berada di kawasan tebing hanyut, hanya tinggal tanah lapang.

Ahmad berkata, usianya masih panjang kerana mujur ketika kejadian, dia bersama isteri tiada di rumah, jika sebaliknya mungkin mereka turut dihanyutkan arus deras seperti yang berlaku kepada jiran yang terkorban.

Kawasan ini yang dahulunya merupakan deretan rumah penduduk, musnah akibat dilanda banjir aliran puing setahun lalu. (Gambar terkini)
Kawasan ini yang dahulunya merupakan deretan rumah penduduk, musnah akibat dilanda banjir aliran puing setahun lalu. (Gambar terkini)

"Kalau boleh kami tak mahu jejak atau tengok dah kawasan ini, namun apakan daya, ini semua takdir dan hikmah untuk kami lebih mendekati ALLAH, dulu mungkin kami lalai," jelasnya.

Dalam kejadian itu, mayat pesakit strok, Salmah Mat Akib, 53, dijumpai kira-kira jam 9.30 pagi Selasa, dalam keadaan berpelukan bersama menantu, Nurul Anis Abu Hassan, 23, di bawah timbunan pokok, dihanyutkan lebih kurang 100 meter dari tapak rumah mereka.

Md Deris (kanan) dan Nor Azlan Aziz, 38, yang tinggal sehelai sepinggang akibat tragedi banjir aliran puing, kini memulakan hidup di rumah baharu di Kampung Keda Sadek kira-kira enam kilometer dari Kampung Iboi.

Seorang lagi terkorban, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, (anak Salmah) ditemukan pada jam lebih kurang 11.55 pagi di bawah timbunan kayu, tidak jauh dari jasad ibu dan kakak iparnya ditemui.

Nurul Anis yang sedang hamil empat bulan, menetap di kampung untuk menemani ibu mertua sementara suaminya bekerja di Pulau Pinang.

Suami Salmah, Abd Rahman Said, 72, berkata, tragedi itu tidak mungkin akan dilupakan hingga akhir hayat.

Md Deris (kanan) dan Nor Azlan Aziz, 38, yang tinggal sehelai sepinggang akibat tragedi banjir aliran puing, kini memulakan hidup di rumah baharu di Kampung Keda Sadek kira-kira enam kilometer dari Kampung Iboi.
Md Deris (kanan) dan Nor Azlan Aziz, 38, yang tinggal sehelai sepinggang akibat tragedi banjir aliran puing, kini memulakan hidup di rumah baharu di Kampung Keda Sadek kira-kira enam kilometer dari Kampung Iboi.

Qaseh Suhaila Elisa Saiful Anuar, 4, melawat rumah datuk dan neneknya yang merupakan mangsa tragedi serta tersenarai sebagai penerima bantuan rumah baharu di Kampung Keda Sadek Kupang.
Qaseh Suhaila Elisa Saiful Anuar, 4, melawat rumah datuk dan neneknya yang merupakan mangsa tragedi serta tersenarai sebagai penerima bantuan rumah baharu di Kampung Keda Sadek Kupang.

Menceritakan kembali sebelum kejadian, kira-kira jam 4 petang, Nurul Anis ada menelefon memaklumkan air sungai semakin naik dan Abd Rahman memberitahu dalam perjalanan pulang.

Namun, banyak laluan terhalang disebabkan limpahan air dan sisa kayu, menyebabkannya sampai lewat.

Bagaimanapun, apabila tiba dia terkejut melihat jambatan sudah runtuh, begitu juga dengan rumahnya telah hanyut bersama ketiga-tiga mangsa.

Keadaan rumah mangsa yang rosak akibat banjir aliran puing Kampung Iboi 4 Julai tahun lalu.
Keadaan rumah mangsa yang rosak akibat banjir aliran puing Kampung Iboi 4 Julai tahun lalu.

"Jiwa rasa kosong setiap kali mengingati tragedi itu, namun sebagai umat Islam, kita percaya semua yang berlaku atas kekuasaan-Nya, hidup perlu diteruskan walau apa pun jadi," jelasnya.

Selain itu, Md Deris Jusoh, 64, berkata, hanya nyawa yang tinggal kerana kesemua harta benda termasuk rumahnya lenyap dibawa arus.

Begitu juga dengan tanaman pisang dan durian yang diusahakan dalam tempoh kira-kira 30 tahun tinggal di situ, semuanya hanya tinggal kenangan.

Keadaan Kampung Iboi selepas dilanda banjir aliran puing 4 Julai 2022.
Keadaan Kampung Iboi selepas dilanda banjir aliran puing 4 Julai 2022.

Bagaimanapun, Md Deris dan isteri bersyukur kerana tersenarai antara 12 penerima rumah di Kampung Keda Sadek, Kupang, yang jaraknya kira-kira enam kilometer dari lokasi tragedi Kampung Iboi dan baru berpindah seminggu lalu.

Arus deras melanda Kampung Iboi 4 Julai 2022 telah mengubah kedudukan pasir sehingga menyebabkan sungai jadi cetek.
Arus deras melanda Kampung Iboi 4 Julai 2022 telah mengubah kedudukan pasir sehingga menyebabkan sungai jadi cetek.

Kini, mereka tidak lagi bimbang rumah dinaiki air namun yang lebih dibimbangi ialah perlu membina semula kehidupan di tempat baharu.

Kebanyakan laluan ditutup sejurus tragedi banjir aliran puing melanda Kampung Iboi 4 Julai tahun lalu.
Kebanyakan laluan ditutup sejurus tragedi banjir aliran puing melanda Kampung Iboi 4 Julai tahun lalu.

Mangsa turut berharap agar kerajaan terus memberi perhatian dalam usaha membangunkan ekonomi terjejas selepas ladang dan kebun yang diusahakan penduduk, tanaman padi serta haiwan ternakan, musnah sekelip mata sehingga menyebabkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

Dalam pada itu, seramai 17 keluarga lagi yang dikategorikan dalam zon kuning di kawasan tragedi itu akan dipindahkan ke Kampung Bok Bak di sini sebaik sahaja rumah mereka siap kelak.

Salah sebuah rumah penduduk yang rosak akibat dilanda arus tahun lalu.
Salah sebuah rumah penduduk yang rosak akibat dilanda arus tahun lalu.

Antara kerosakan yang dihadapi penduduk akibat bencana Kampung Iboi 4 Julai tahun lalu.
Antara kerosakan yang dihadapi penduduk akibat bencana Kampung Iboi 4 Julai tahun lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!