KK Super Mart umum 10 pemenang bertuah

Chai (enam dari kiri, barisan belakang) bersama tetamu dan pemenang Cabaran Beli & Menang 2023 dalam satu majlis yang diadakan di Kuala Lumpur.
Chai (enam dari kiri, barisan belakang) bersama tetamu dan pemenang Cabaran Beli & Menang 2023 dalam satu majlis yang diadakan di Kuala Lumpur.
A
A
A

KK Super Mart mengumumkan 10 pelanggan bertuah yang memenangi peraduan Cabaran Beli & Menang 2023 dalam satu majlis yang diadakan di Kuala Lumpur, pada 21 Jun lepas.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat KK, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, pemenang hadiah utama peraduan itu berjaya membawa pulang RM1.1 juta manakala hadiah lain ialah kereta Perodua Bezza, motosikal jenis Modenas Kriss, peti sejuk Toshiba, televisyen Sharp 60”, mesin basuh, telefon pintar iPhone 13 dan set bilik tidur.

Chai berkata, peraduan itu diadakan bermula 1 Januari 2023 sehingga 31 Mei 2023 dan menerima sambutan menggalakkan.

“Kaedah penyertaan yang mudah membolehkan semua pelanggan mempunyai peluang untuk menjadi jutawan dengan sekelip mata.

“Pelanggan layak menghantar satu penyertaan dengan perbelanjaan minimum RM23 di KK Super Mart. Penyertaan dihantar bersama resit rasmi sebagai bukti melalui kod QR, Whatsapp atau dengan meletakkan resit fizikal di dalam kotak Cabaran Beli & Menang di semua cawangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Chai berkata, dengan kejayaan kempen itu, KK Super Mart merancang untuk menganjurkan lagi kempen yang serupa dengan ganjaran lebih besar.

KK Super Mart kini mempunyai lebih 700 cawangan di Lembah Klang, Putrajaya, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, dan Sarawak, serta di Nepal dan India.

Setiap cawangan KK Super Mart mempunyai 9,000 produk pelbagai jenis daripada makanan segar dan sejuk beku, barangan runcit, makanan ringan, isi rumah, alat tulis, penjagaan diri dan makanan haiwan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!