PRN: Anwar yakin dua negeri pembangkang bakal dirampas PH-BN

Anwar - Foto Bernama
Anwar - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri yakin gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan merampas dua negeri pembangkang pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mendedahkan dua negeri tersebut.

"Sekarang ini kita nampak menjurus kepada kedua negeri lagi. Itu saya akan umumkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam di Kompleks Islam di sini pada Selasa.

Menurutnya, berdasarkan kajian dan maklumat yang diperoleh, tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang kekal diperintah oleh gabungan itu.

"Insya-ALLAH dengan perkembangan yang ada sekarang dan kajian dibuat...Saya di dalam kerajaan ini ada sedikit maklumat tambahan, saya lihat tiga negeri itu sangat kuat untuk dipertahankan," katanya.

PRN ke-15 menyaksikan tiga lagi negeri turut dipertaruhkan iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Ketiga-tiga negeri tersebut berada di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, Anwar berkata, pengagihan kerusi antara PH dan BN telah selesai sepenuhnya, namun pimpinan negeri diberi peluang untuk membangkitkan pendapat.

"Setakat ini tidak ada (pertindihan kerusi)," katanya.

Sementara itu, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, jentera PRN akan dilancarkan di Selangor pada Jumaat ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!