Tragedi Iboi setahun berlalu, mangsa masih diselubungi trauma
BERITA SEMASA 4 JULAI 2023
Biarpun sudah genap setahun tragedi banjir aliran puing di Kampung Iboi, Baling, Kedah yang menyebabkan tiga beranak terkorban dihanyutkan arus deras dalam kejadian petang Isnin, 4 Julai tahun lalu, namun kebanyakan mangsa masih diselubungi trauma, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Dalam kejadian itu, pesakit strok, Salmah Mat Akib ditemukan berpelukan bersama menantu, Nurul Anis Abu Hassan di bawah timbunan pokok, 9.30 pagi keesokan hari akibat hanyut bersama rumah mereka, kira-kira 100 meter dari tapak asal.
Mayat ketiga yang merupakan anak Salmah, Khairul Ikhwan Nor Azman ditemukan pada jam lebih kurang 11.55 pagi di bawah timbunan kayu, tidak jauh dari jasad ibu dan kakak iparnya ditemui.
Artikel: https://go.sinar.la/44mk3NW
Muzik: www.bensound.com