Tarif air di Selangor tidak naik - Amirudin
Fokus utama pentadbiran kerajaan negeri bagi menyokong usaha kelangsungan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat.
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak membuat sebarang keputusan untuk meningkatkan tarif air di negeri ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tarif air adalah perkara dasar yang memerlukan keputusan dan kelulusan pentadbiran negeri.
Menurut beliau, fokus utama pentadbiran kerajaan negeri pada masa ini menyokong usaha kelangsungan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat.
"Kerajaan negeri komited untuk memastikan sistem perkhidmatan air yang menyalurkan air kepada lebih 8.4 juta penduduk di negeri Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya terus diperkukuhkan," katanya dalam satu kenyataan bagi mengulas laporan berita mendakwa tarif air di Lembah Klang meningkat tahun ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!