Teresa cadang wujud SOP khas untuk pelancong asing

Teresa
Teresa
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mencadangkan supaya satu prosedur operasi standard (SOP) baharu dirangka khusus terhadap pelancong asing yang memasuki negara ini.

Teresa berkata, sudah tiba masanya Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Luar Negeri duduk bagi membincangkan hal berkenaan.

“Kena rangka strategi yang mesra dengan pertumbuhan industri pelancongan,” ciapnya di Twitter pada Selasa.

Jumaat lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King mengakui beliau adalah menteri dilapor mencetuskan kekecohan di KLIA bagi membantu seorang warga China yang ditahan daripada memasuki Malaysia.

Beliau mendakwa wujudnya budaya rasuah membabitkan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa “kronik” di pintu masuk negara.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata, pegawainya akan menyiasat dakwaan rasuah membabitkan pegawai imigresen di KLIA seperti yang didakwa menteri itu.

Manakala, Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata, kertas enkuiri polis dibuka berhubung kejadian itu dan beberapa pihak akan dipanggil bagi memberi keterangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan mengejutnya di KLIA pada Ahad memberi jaminan siasatan rapi akan dibuat berhubung insiden berkenaan dan kes itu akan dibawa dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri esok.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Pemuda UMNO gesa PM pecat menteri buat kecoh di KLIA

Siasat dalang sebar video, berita tidak benar - King Sing

MyBHA, MATA sokong tindakan King Sing dengar keluhan pelancong

Budaya rasuah di KLIA: SPRM siasat dakwaan King Sing

Ahli perniagaan lapor polis kes kekecohan libat menteri di KLIA

Lawatan mengejut di KLIA, PM jamin siasatan rapi dilakukan

Belum terima laporan menteri buat kecoh di KLIA - Anthony

Kerajaan, pihak berkuasa digesa siasat kes menteri buat kecoh di KLIA - Cuepacs

'Saya sedang menunggu laporan penuh' - Saifuddin Nasution

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!