10 terbunuh dalam kemalangan trak di India
NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 15 lagi cedera apabila sebuah trak yang dipandu laju melanggar tiga kenderaan di sebuah lebuh raya di negeri Maharashtra di barat daya India, pada Selasa.
Insiden itu berlaku di lebuh raya di daerah Dhule yang menghubungkan ibu kota kewangan Mumbai dengan bandar utara Agra.
Menurut pegawai polis, nahas berpunca akibat kegagalan brek trak, menyebabkan ia merempuh ketiga-tiga kenderaan itu, kesemua 10 mangsa maut di tempat kejadian, lapor Xihua.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lori terbabit terlebih dahulu melanggar kenderaan, terbalik sebelum merempuh sebuah kedai makan yang terletak di tepi jalan.
Mangsa yang cedera dihantar ke hospital, termasuk beberapa daripanya dilaporkan kritikal. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!