Penunggang motosikal maut nahas dua kenderaan

Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Kilometer 13, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Ampang, pada Selasa.
Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Kilometer 13, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Ampang, pada Selasa.
A
A
A

GOMBAK - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dan lori dalam kemalangan di Kilometer 13, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Ampang, di sini pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun menunggang motosikal di lorong tengah dalam perjalanan dari arah Batu Caves menghala Ampang.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta dipandu seorang wanita berumur 48 tahun yang berada di lorong paling kanan dipercayai mengubah laluan masuk ke lorong tengah dan terlanggar bahagian hadapan sebelah kanan motosikal tersebut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, akibatnya, mangsa terseret bersama motosikal ke lorong kiri dan dilanggar sebuah lori dipandu lelaki berusia 45 tahun.

"Mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Selayang.

"Pemandu kereta dan lori tidak mengalami sebarang kecederaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!