[VIDEO] Pentas wacana panas, Lokman Adam, Che’gubard berbalas hujah

Pentas Wacana Sinar Siri 404 yang berlangsung pada Selasa, menjadi panas ketika Lokman Adam (kiri) dan Che'gubard (kanan) saling menegakkan hujah masing-masing. - Foto Sinar Harian/Asril Aswandi Shukor
Pentas Wacana Sinar Siri 404 yang berlangsung pada Selasa, menjadi panas ketika Lokman Adam (kiri) dan Che'gubard (kanan) saling menegakkan hujah masing-masing. - Foto Sinar Harian/Asril Aswandi Shukor
A
A
A

SHAH ALAM - Pentas Wacana Sinar Siri 404 yang berlangsung pada Selasa, menjadi panas ketika pemimpin UMNO dan Perikatan Nasional (PN) saling menegakkan hujah masing-masing.

Suasana panas bermula apabila Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam cuba mempertikaikan hasil kajian dilakukan Sinar Harian melibatkan sokongan terhadap parti menjelang pilihan raya negeri (PRN).

Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin yang mengambil giliran berhujah, mengecam kenyataan Lokman.

Belum habis Badrul atau dikenali sebagai Che’gubard berhujah, Lokman mencelah untuk mempertahankan kenyataannya.

Tindakan itu mengundang rasa tidak puas hati Che’gubard dan meminta agar Lokman diam untuk memberi peluang beliau meneruskan hujah.

"Boleh (dengar) sekejap. Sedara (dah) bercakap 1 minit," katanya sambil disambut dengan sorakan penonton yang menyaksikan secara langsung di Studio F Sinar Harian.

Lokman kemudiannya membalas ;

"Lain kali saya rasa kalau nak datang cara anak jantan, tak perlu bawa tukang terpekik terlolong di bawah ni," katanya.

Pertikaian kedua-dua pihak membawa kepada hujah-hujah lain dan ia berlarutan sehingga 20 minit pertama siaran tanpa menyentuh topik utama.

Wacana Sinar Siri 404 membincangkan topik bertajuk 'PRN: Adakah Bom Jangka Kedua?' turut menampilkan Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Naib Pengerusi PKR Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!