Bangunan runtuh di Nigeria, beberapa orang dikhuatiri terperangkap
ABUJA - Beberapa orang dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan di Abuja selepas bangunan bertingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh pada petang Isnin, menurut pihak berkuasa tempatan pada Selasa.
"Operasi mencari dan menyelamat diteruskan. Sembilan orang telah diselamatkan, enam telah dibenarkan keluar dari hospital dan tiga masih menerima rawatan. Keadaan mereka stabil," kata Amiola Adebayo, ketua operasi di perkhidmatan bomba di Abuja, lapor Xinhua.
Menurut media tempatan, bangunan itu menerima kelulusan pembinaan tiga tingkat, tetapi pemaju melanggar kod bangunan.
Jumlah sebenar mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan masih belum dapat dipastikan. - Bernama-Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!