PRN: Lebih 4 juta pengundi berusia 21 hingga 39 tahun

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pengundi berusia 21 hingga 39 tahun menjadi kumpulan umur tertinggi yang layak mengundi pada pilihan raya di enam negeri (PRN) Ogos ini.

Berdasarkan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 4,333,102 pengundi golongan itu daripada jumlah keseluruhan daftar pemilih, 9,773,571.

Ia diikuti pengundi warga emas (1,702,242) dan golongan berusia 40 hingga 49 tahun (1,695,876).

Jumlah pengundi berusia 18 hingga 20 tahun pula adalah 661,905 orang.

Selangor mencatatkan bilangan keseluruhan pengundi tertinggi iaitu 3,747,057 diikuti Kedah (1,585,085), Kelantan (1,411,912), Pulau Pinang (1,234,198), Terengganu (930,894) dan Negeri Sembilan (864,425).

Bilangan pengundi muda berusia 18 hingga 20 tahun tertinggi adalah di Selangor dengan 274,194.

Selain itu, Selangor turut merekodkan pengundi warga emas tertinggi dengan bilangan 625,65 orang.

Sementara itu, 50.17 peratus atau 4,935,937 daripada jumlah keseluruhan daftar pemilih merupakan pengundi wanita dan selebihnya 49.83 peratus atau 4,837,634 adalah lelaki.

Bagi pengundian awal pula, seramai 3,719,495 pengundi biasa di Selangor disusuli Kedah (1,569,624), Kelantan (1,400,570), Pulau Pinang (1,222,710), Terengganu (923,857) dan Negeri Sembilan (838,200).

Negeri Sembilan merekodkan bilangan pengundi tentera dan pasangan terbanyak iaitu 19,744 orang.

Selangor turut mencatatkan bilangan tertinggi pengundi awal bagi polis dan pasangan iaitu 47,728 dan 1,005 pengundi luar negara.

Pada Rabu, SPR mengumumkan hari pengundian bagi pilihan raya di enam negeri akan dilaksanakan serentak pada 12 Ogos depan manakala penamaan calon ditetapkan pada 29 Julai.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!