Tentera Israel mula berundur dari Jenin
TEL AVIV - Israel mula mengundurkan tenteranya dari Jenin di Tebing Barat yang diduduki, dua hari selepas melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut tentera Israel, pasukan pertama meninggalkan bandar itu pada lewat petang Selasa.
Tidak dapat dipastikan berapa lama masa akan diambil untuk proses pengunduran itu.
Menurut laporan Palestin, berlaku pertempuran sengit dengan penduduk di bandar itu.
Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan konvoi tentera dibaling dengan bahan letupan.
ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk Jenin terpaksa jadi pelarian
Serangan Israel di Jenin Barat ibarat peristiwa Nakba
Israel teruskan operasi ketenteraan di Jenin, korban meningkat
Pada Isnin, Israel dilaporkan melancarkan satu daripada operasi ketenteraan di Tebing Barat, yang disifatkan terbesar dalam tempoh beberapa dekad.
Ribuan tentera bergerak ke bandar Palestin selepas melancarkan beberapa serangan udara.
Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 100 lagi cedera.
Menurut tentera, tujuan operasi itu adalah untuk membongkar "infrastruktur pengganas". Beberapa markas, depot senjata, kemudahan pengeluaran senjata dan tempat persembunyian militan telah dimusnahkan.
Selain itu, 30 suspek turut ditahan. - Bernama/dpa
ARTIKEL BERKAITAN: Serangan 'paling ganas' Israel di Tebing Barat tempoh 20 tahun
Palestin putuskan hubungan dengan Israel
Operasi ketenteraan Israel di Jenin 'jenayah perang baharu'
Israel-Palestin di ambang perang?
Israel lancar serangan udara di Tebing Barat
Israel larang imam Masjid Al-Aqsa ke luar negara sebulan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!