Remaja Palestin maut ditembak tentera Zionis
Mahmoud Nakhla, 17, meninggal dunia selepas ditembak di perut oleh tentera Israel berhampiran kem pelarian Jalazone di tengah Tebing Barat.
Tentera Zionis dilaporkan giat melancarkan gerakan memburu seorang warga Palestin yang membunuh dua anggotanya sehari sebelum itu.
Mereka turut menyerbu kawasan penempatan Al-Bireh di Ramallah selepas melancarkan serbuan kelmarin, dengan penduduk berkata mereka merampas kamera daripada dua bangunan. — AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!