Dua nelayan dikhuatiri hilang
SABAK BERNAM - Dua nelayan termasuk seorang warga emas dikhuatiri hilang di perairan Sungai Besar di sini pada Rabu.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 4.24 petang.
Menurut beliau, bomba menerima panggilan kecemasan bagi membantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
"Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Berdasarkan maklumat awal, terdapat seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun dan seorang lagi yang belum dikenal pasti identitinya hilang selepas keluar menangkap ikan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mohamadul Ehsan berkata, kejadian itu disedari ahli keluarga mangsa dan usaha mencari dan menyelamat mangsa giat dijalankan di kawasan pesisir pantai.
"Bomba turut membuka Pusat Kawalan Bomba (PKB) di lokasi kejadian," ujar beliau.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!