Miskin punca tak ke sekolah
KUALA LUMPUR - Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) terus komited meneruskan sumbangan bagi membantu pengatasi masalah kemiskinan yang menjadi punca pelajar tidak ke sekolah.
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, masalah berkenaan dilihat serius di Wilayah Persekutuan dan YWP berusaha mengatasi menerusi Program Bantuan Pemakanan yang diperkenalkan sejak 2016.
"Bagi tahun ini seramai 1,600 pelajar menerima manfaat bagi Program berkenaan bawah peruntukan berjumlah RM1.6 juga untuk disalurkan kepada sekolah dan Jabatan Pelajaran kepada murid yang dikenal pasti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
“Jumlah itu meliputi RM1.2 juta untuk 89 sekolah di Kuala Lumpur, RM200,000 untuk 8 sekolah di Labuan dan RM200,000 lagi untuk 10 sekolah di Putrajaya,” katanya selepas Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang YWP Peringkat Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini hari ini.
Menurutnya, inisiatif itu ia mungkin tidak mampu untuk menyelesaikan masalah kemiskinan tetapi membantu menyumbang ke arah penyelesaian selain bagi.
"Inisiatif ini memastikan masalah kemiskinan tidak menjadi penghalang kepada pelajar dan dalam masa sama YWP turut memberi turut memberikan tumpuan khusus bagi kes tertentu yang memerlukan perhatian.
“Ada yang ramai anak, anak sulung sepatutnya masuk sekolah menengah tapi tak sekolah sebab perlu bekerja untuk bantu keluarga. Jadi ia antara kes serius diberi perhatian,” katanya.
Sementara itu, Khalid berkata, seramai 400 pelajar terpilih menerima anugerah yang disampaikan termasuk pelajar kurang upaya (OKU).
“Anugerah ini memberi tumpuan bantuan pelajar golongan B40 dan kita berikan kepada pelajar OKU walaupun tidak mendapat 'straight A' tetapi cemerlang dalam kalangan mereka.
“Anugerah ini menjadi bukti kerajaan melalui pelbagai agensi sentiasa berusaha mengiktiraf komitmen anak-anak untuk berjaya,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!