Ahmad Zahid terima kunjungan KPN baharu
SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Negara baharu, Tan Sri Razarudin Husain@Abd Rasid di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, pada Rabu.
Ahmad Zahid berkata, beliau yakin dengan pengalaman luas Razarudin dapat membawa Polis Diraja Malaysia ke era yang cemerlang.
"Selain memenuhi aspirasinya dalam memberi khidmat kepolisan yang profesional, berkualiti dan berintegriti demi keselamatan dan kesejahteraan negara.
"Syabas dan tahniah atas lantikan ini," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Pelantikan Razarudin itu bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang bersara lebih awal.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!