Budak tujuh tahun hilang jatuh Sungai Batang Kali

Kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada 11.30 malam dan akan disambung semula pagi ini (6 Julai). - Foto Bernama
Kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada 11.30 malam dan akan disambung semula pagi ini (6 Julai). - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Batang Kali berhampiran Desa Alam Ria, Hulu Selangor di sini pada Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa dan kejadian berlaku sekitar 7.15 malam tadi (Rabu).

"Operasi dilakukan oleh anggota penyelamat menggunakan teknik 'water surface seaching' di laluan sungai, kira-kira satu kilometer dari kawasan kejadian mangsa dikhuatiri terjatuh," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada 11.30 malam dan akan disambung semula pagi esok (6 Julai). - Bernama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!