Arif Aiman belum sedia tinggalkan JDT
Menurut Arif Aiman, biarpun dikatakan berpotensi untuk mengembangkan lagi bakatnya, namun dalam masa sama pemain berusia 21 tahun itu mengakui bukanlah sesuatu yang mudah beraksi di luar negara buat masa ini.
“Main di kelab luar negara bukanlah sesuatu yang senang. Saya belum cukup bagus untuk bermain di Jepun atau Korea.
“Ingat senang nak main? Mentaliti mereka pun tak sama... jadi buat ketika ini, saya memang kena stay di sini dan tingkatkan lagi prestasi.
“Lagi pun, mereka bukannya benar-benar nak player (pemain) kita..kalau betul-betul barulah pergi (berhijrah), kalau tak, stay di JDT sajalah,” katanya pada sesi meet and greet sempena pelancaran $JDT Fan Token, di Johor Bahru pada Rabu.
Arif Aiman berkata demikian bagai mengulas cadangan daripada beberapa pihak agar dia berkelana ke Timur Tengah, Jepun atau Korea Selatan dalam usaha mengembangkan lagi kariernya.
Mengulas mengenai aksi final Piala FA berdepan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 22 Julai ini, Arif Aiman berkata, selaku juara bertahan, kesemua pemain sememangnya mahu memenangi trofi berkenaan.
Justeru katanya, kesemua pemain bertekad untuk memberikan aksi terbaik bagi menambah koleksi piala musim ini.
“Saya memang nak JDT menang piala ini,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!