Tragedi kepala air: Keluarga tak henti berdoa, solat hajat

Rosilawati
Rosilawati
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Keluarga mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman tidak putus-putus menunaikan solat hajat bagi mendoakan kesemua jasad mangsa ditemukan.

Waris mangsa, Rosilawati Kassim, 49, berkata, mereka berharap usaha pencarian dua lagi mangsa yang masih hilang berjalan lancar dan mendapat petunjuk baharu.

"Kami sekeluarga tidak putus-putus berdoa dan mengadakan solat hajat supaya mereka segera ditemui.

"Keluarga dan kenalan di kampung juga turut serta mendoakan semoga urusan pencarian berjalan lancar dan menemukan jasad dua lagi yang masih hilang," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di malam Rabu.

Setakat ini lapan mangsa telah ditemukan iaitu pasangan suami isteri, Allahyarham Karim Abdullah, 39 dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta enam anak mereka iaitu Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim,16; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya,10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Dua lagi mangsa iaitu Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, masih hilang dan dipercayai masih berada di sekitar sektor pencarian sepanjang 35 kilometer (km).

Sementara itu, operasi hari kelima mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan jam 9 pagi, pada Khamis.

Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, operasi itu melibatkan seramai 279 anggota dari pelbagai agensi termasuk JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) selain turut dibantu orang awam.

Menurutnya, radius pencarian dibuat di Sektor A (lokasi kejadian) dari Menara Sapura sehingga ke jambatan lama Kampung Teladas melibatkan seluas 6.3 kilometer (km).

Beliau memberitahu, pencarian bagi Sektor B pula bermula dari belakang Sekolah Menengah Ayer Putih menghala ke Ladang Jagung di Pos Kawalan Hadapan (PKH) sehingga ke perangkap sampah Sungai Pinang di samping pemantauan di Sektor C.

Sebelum itu, Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) polis di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih ditutup sementara pada petang Rabu selepas operasi mengesan dua lagi mangsa pada hari keempat gagal menemui sebarang petunjuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi kepala air: Mayat ketujuh disahkan Putri Balqis Izzati

Tragedi kepala air: Mayat ketujuh ditemukan

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung cari 3 lagi mangsa

Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air

Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal

Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air

Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa

Tragedi kepala air: Hilang sepupu rapat sekelip mata

'Adik sanggup ikat perut nak kahwin hujung tahun ini'

Tragedi kepala air: Jenazah mangsa dibawa ke Felda Lepar Hilir 3