Threads capai lima juta pendaftaran dalam tempoh empat jam

Mark mengumumkan Threads capai lima juta pendaftaran dalam empat jam.
Mark mengumumkan Threads capai lima juta pendaftaran dalam empat jam.
A
A
A

HANYA selepas empat jam Meta melancarkan aplikasi Threads, platform media sosial baharu itu berjaya mencatatkan lima juta pendaftaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg mengumumkan perkara tersebut menerusi akaun Threads miliknya.

“Baru melepasi lima juta pendaftaran dalam empat jam pertama,” tulisnya.

Hantaran tersebut mendapat 10,758 komen dengan 55,000 tanda suka.

Platform yang menjadi pesaing Twitter milik Elon Musk itu dilihat mampu menjadi fenomena baharu media sosial.

Setakat jam 2.30 petang Khamis, akaun Threads @zuck milik Mark mempunyai 453,000 pengikut dan ia semakin meningkat sementara Elon dari Twitter mempunyai hampir 150 juta pengikut di platform sosialnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!