Beberapa jam sebelum sahur diuji rumah terbakar

Rumah dua tingkat dan sebuah rumah tanpa penghuni musnah terbakar di Pahi petang tadi.
Rumah dua tingkat dan sebuah rumah tanpa penghuni musnah terbakar di Pahi petang tadi.
A
A
A

KUALA KRAI - Tinggal beberapa jam umat islam menyambut 1 Ramadan, dua keluarga di Pahi di sini terpaksa menerima hakikat tidak dapat bersahur di rumah sewa didiami apabila ia musnah dalam kebakaran hari ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang itu turut memusnahkan kediaman bersebelahan yang tidak berpenghuni.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.25 petang.

"Saya mengetuai operasi bersama sembilan anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan orang awam dan sebaik saja tiba rumah terlibat sudah terbakar 90 peratus.

"Api dikatakan bermula dari rumah sewa dua tingkat didiami dua penyewa itu kemudiannya merebak ke rumah terletak bersebelahan," katanya.

Menurutnya, bomba dapat mengawal api dalam tempoh 20 minit, namun pihaknya masih menyiasat punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian ditanggung mangsa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!