PRN: Tiket 'kelik' Kelantan masih belum dijual

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

KOTA BHARU - Syarikat bas, Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) masih belum membuka jualan tiket balik ke Kelantan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Kenyataan syarikat berkenaan sekali gus menafikan dakwaan jualan tiket bas secara dalam talian untuk balik mengundi sudah habis terjual.

Menurut jurucakap E-Mutiara, pihaknya masih belum membuka jualan tiket untuk bulan Ogos kerana jualan biasanya akan bermula awal seminggu sebelum kedatangan bulan berkenaan.



"Kita masih belum membuka jualan tiket untuk bulan Ogos," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang mendakwa jualan tiket secara dalam talian untuk balik mengundi sudah habis terjual.

Ahli Parlimen Pas itu turut mendakwa, harga tiket kapal terbang juga bukan calang-calang menjelang PRN itu nanti.

Ujarnya, difahamkan tiket tersebut mencecah harga kayangan di mana pergi balik hampir RM1,000 seorang.

Sementara itu, seorang ejen tiket yang mahu dikenali sebagai Yati memberitahu, jualan untuk perjalanan bulan Ogos masih belum dibuka.

Katanya, apa yang didakwa oleh ahli politik itu tidak wajar kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat terutama yang mempunyai perancangan untuk menaiki kenderaan awam untuk pulang mengundi.

"Kepada perantau, jangan bimbang. Tiket ada," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!