Dua maut, enam cedera struktur jejambat runtuh di Jepun

Struktur lebuh raya bertingkat yang sedang dalam pembinaan di bandar Shizuoka runtuh pada Khamis.
Struktur lebuh raya bertingkat yang sedang dalam pembinaan di bandar Shizuoka runtuh pada Khamis.
A
A
A

TOKYO - Dua pekerja binaan maut manakala enam lagi cedera selepas struktur lebuh raya bertingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh pada Khamis, di bandar Shizuoka, Jepun, lapor Xinhua.

Pada 3.10 pagi waktu tempatan, kemalangan itu dilaporkan kepada polis oleh orang awam yang mendengar bunyi kuat ketika struktur keluli itu runtuh. Kejadian berlaku di daerah Obane di Shimizu Ward.

Dua pekerja lelaki berusia 50-an disahkan meninggal dunia, lapor Japan Times memetik polis tempatan, sambil menambah dua lagi pekerja cedera parah.

Menurut polis, rangka keluli sepanjang 65 meter seberat kira-kira 140 tan yang membentuk asas jalan raya bertingkat itu jatuh dari ketinggian sembilan meter.

Kira-kira 30 pekerja berada di lokasi ketika kemalangan berlaku, menurut Pejabat Lebuhraya Nasional Shizuoka.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan. - Bernama-Xinhua

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!