'Salahkah saya kata Malaysia adalah Tanah Melayu?' - Tun M
SHAH ALAM - Saya dikatakan membakar jiwa kerana mendakwa Malaysia adalah Tanah Melayu, salahkah saya?, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mahathir berkata demikian susulan laporan sebuah media tempatan pada Khamis yang mendakwa kenyataan beliau membakar jiwa dan menyentuh isu perkauman.
Beliau bagaimanapun mempertikaikan laporan berkenaan menerusi siaran di akaun Facebook rasminya.
“Salahkah saya? Atau menyata yang benar, salah.
“Saya anggap Sarawak dan Sabah adalah Tanah Bumiputera. Salahkah?” soalnya dalam siaran di Facebook pada Khamis.
Pada Khamis, sebuah media tempatan menyifatkan kenyataan Mahathir yang mendakwa Malaysia adalah Tanah Melayu itu sebagai ‘inflammatory’ (membakar).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!