'We Are All in This Together 2023' tolak penggunaan sirip ikan yu
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] The LINC KL dengan kerjasama Persatuan Pencinta Ikan Yu Malaysia menganjurkan pameran ‘We Are All in This Together 2023' berlangsung dari 1 Julai sehingga 30 Julai.
Menurut wakil persatuan itu, Louise Low, pameran diadakan di The LINC KL bertujuan meningkatkan kesedaran berhubung tiga isu konservasi penting termasuk Hari Laut Sedunia, Hari Pemuliharaan Alam Semula Jadi Sedunia dan Hari Harimau Sedunia.
“Ia juga merupakan program kempen bagi mendidik masyarakat melibatkan spesis ikan yu yang semakin terancam.
“Kempen ini adalah rentetan daripada usaha pihak Shark Savers yang telah bekerjasama dengan beberapa organisasi sejak April 2012 yang bermatlamat untuk memberi informasi di sebalik penggunaan sirip ikan tersebut bagi pemakanan.
"Oleh itu, kita mahu ia mendapat dukungan daripada pelbagai syarikat untuk tidak menggunakannya dan juga melarang sebarang pemerdagangan spesis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ulas beliau, bergerak ke masa hadapan, kecaknaan masyarakat terhadap ekosistem atau pemuliharaannya amat penting.
Katanya, sekiranya haiwan tersebut pupus, perkara tersebut merupakan detik tragis yang memberi kesan terhadap alam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!