Kejohanan Kebangsaan: Jun Hao layak ke suku akhir
PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao tidak berhadapan masalah melepasi pusingan keempat hari ini, bagi melayakkan diri ke peringkat suku akhir Kejohanan Kebangsaan 2023 di sini.
Pemain pilihan pertama kejohanan itu hanya memerlukan 48 minit untuk menewaskan rakan sepasukan dan pemain pilihan ke-13, Hooi Shao Herng, 21-17, 21-15, pada kejohanan berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Pemain ke-54 dunia itu memberitahu Bernama, beliau berpuas hati dengan prestasinya hari ini dan menjangkakan berhadapan cabaran sukar bertemu bekas rakan sepasukan Lim Chong King, bagi menempah tempat ke separuh akhir pada Sabtu.
"Semuanya baik hari ini. Untuk esok saya rasa ia akan agak sukar, kerana saya kenal Chong King sejak peringkat remaja lagi,” katanya.
Chong King pula layak ke suku akhir selepas menewaskan seorang lagi pemain kebangsaan Chia Jeng Hon, 21-15, 21-18, dalam satu lagi perlawanan pusingan keempat.
Sementara itu, bekas juara dua kali, Lim Chi Wing dari Kuala Lumpur membuktikan beliau masih berbisa apabila berjaya mengejutkan pemain kebangsaan yang juga pemain pilihan keempat kejohanan Ong Ken Yon, 19-21, 21-15, 21-15.
"Saya tidak menghadapi sebarang tekanan ketika bertemu Ken Yon dan kelihatannya beliau lebih menghadapinya daripada saya.
"Saya rasa pengalaman saya membantu untuk lepasi pusingan keempat. Saya tidak rasa boleh lawan stamina pemain muda. Saya cuma perlu bermain dengan bijak dan baik,” katanya.
Chi Wing percaya beliau berhadapan laluan sukar untuk ke separuh akhir selepas dijadualkan bertemu seorang lagi pemain kebangsaan yang juga pemain pilihan keenam kejohanan, Aidil Sholeh Ali Sadikin yang hari ini menewaskan pemain Selangor Muhd Atef Haikal Muhd Taufik 22-20, 22-20.
Sementara itu pemain perseorangan wanita kebangsaan, K Letshanaa, mara ke suku akhir selepas dengan mudah menewaskan pemain Selangor Teh Won Quin, 21-8, 21-5 pada perlawanan pusingan ketiga.
Letshanaa akan berhadapan seorang lagi pemain kebangsaan Carine Tee Xin Qi, yang berjaya mengatasi rakan sepasukan Chloe Lam Jing Yee, 21-10, 11-21, 21-17.
Pemain pilihan ketiga kejohanan Wong Ling Ching juga layak ke suku akhir selepas menewaskan pemain Selangor K Nilasha, 21-9, 21-10 dan akan berhadapan rakan sepasukan Kay Xin Lee, yang mengalahkan seorang lagi pemain kebangsaan Tan Zhing Hui, 18-21, 21-16, 21-7.
Beregu lelaki pula menyaksikan pasangan kombinasi Melaka-Johor, Boon Xin Yuan-Wong Tien Chi layak ke suku akhir dengan mengalahkan pasangan kebangsaan Ahmad Redzuan Zulwaqarriz Ahmad Redzuan-Loh Zi Heng, 21-10, 21-14.
Pasangan pilihan pertama, Xin Yuan-Tien Chie akan bertemu satu lagi pasangan kebangsaan Choong Hon Jian-Wong Vin Sea, yang layak ke pusingan seterusnya dengan mengalahkan pasangan Selangor Mohd Nur Aidil Adha Azman-Mohd Nor Firdaus Azman, 21-11, 21-18.
Pasangan beregu wanita profesional Vivian Hoo-Lim Chiew Sen pula akan berhadapan Lee Zhi Qing-Ng Wan Win, pada perlawanan suku akhir esok.
Vivian-Chiew Sen menewaskan pasangan Sabah-Selangor Cassey Rynn Rompog-Wong Zi Yi, 21-10, 21-13 manakala Zhi Qing-Wan Win menewaskan pasangan Sarawak Audrey Vanessa-Sim Jia Min, 21-16, 21-12.
Berikut keputusan perlawanan lain:
Perseorangan Lelaki
----------------------------
Pusingan Keempat:
[3] Lee Shun Yang (BAM) mn Sng Wei Ming (BAM) 21-16, 21-17
[9] Chua Kim Sheng (BAM) mn [7] Yeoh Seng Zoe (PEN) 21-11, 21-18
[11] Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar (BAM) mn Aaron Kok Kai Bin (PHG) 21-11, 21-12
Soh Ping Chuan (MEL) mn [5] Ong Zhen Yi (BAM) 21-14, 21-15
Perseorangan Wanita:
-----------------------------
Pusingan Ketiga:
Lim Shin (JHR) mn Sarah Ngu Xian Meow (TRG) 21-10, 21-16
[4] Kasturi Radhakrishnan (SEL) mn Cassey Rynn Rompog (SBH) 21-12, 21-9
[5] Siti Nurshuhaini Azman (BAM) mn Ng Hui Min (PEN) 21-13, 21-11
[7] Oo Shan Zi (BAM) mn Christine Lam Mei He (PEN) 21-9, 21-4
Beregu Lelaki:
------------------
Pusingan Ketiga:
[2] Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe (BAM) mn Anson Cheong Yen Feng-Samuel Lee (PRK/PEN) 21-8, 21-12
[3] Wan Mohd Arif Wan Sharuddin Wan Junaidi-Yap Roy King (BAM) mn Chung Kin Wai-Yong Jing Ren (SEL/JHR) 21-16, 21-13
Wee Yee Hern-Wee Yee Tern (JHR) mn Muhammad Syukri Borhan-Joshua Wong Sheng Yao (NS) 21-8, 21-6
[7/8] Muhammad Fazriq Mohamad Razif-Muhammad Haikal Nazri (BAM) mn Khoo Kwang Yean-Lim Khim Wah (SEL/KED) 21-12, 21-13
[4] Low Hang Yee-Ng Eng Cheong (SEL/PEN) mn Tan Wei Liang-V. Poopathi (BAM) 27-25, 21-18
Chia Wei Jie-Liew Xun (BAM) mn Jimmy Wong-Lwi Sheng Hao (SEL/JHR) 26-24, 21-18
Beregu Wanita:
--------------------
Pusingan Kedua:
[3] Go Pei Kee-Low Yeen Yuan (BAM) mn Christine Lam Mei He-Giovanna Koay (PEN) 21-8, 21-7
Cheng Su Hui-Vanessa Ng Po Lyn (BAM) mn Joinne Lee-Lim Zhi Shin (PEN) 21-12, 21-11
Cheng Su Yin-Valeree Siow (BAM) mn Felicia Fong-Flora Fong (SWK) 19-21, 21-12, 21-13
Nicole Tan Pei En-Vannee Gobi (BAM) mn Nurin Zahirah Haizal-Rachel Tan Jin En (KED) 21-14, 21-13
Ho Lo Lee-Amanda Hwa Leng Yap (SEL/KL) mn Eoon Qi Xuan-Gan Jing Err (PRK/PHG) 21-6, 21-14
Lee Xin Jie-Tan Zhing Yi (BAM) mn [4] Ng Qi Xuan-Desiree Siow(NS/PRK) 17=21, 21-19, 21-19
Beregu Campuran:
------------------------
Pusingan Ketiga:
[1] Yap Roy King-Valeree Siow (BAM) mn Owen Ting-Gan Jing Err (SWK/PHG) 17-21, 21-12, 21-13
[3] Choong Hon Jian-Go Pei Kee (BAM) mn Ng Jhi Hao-Wong Zi Yi (PRK/SEL) 21-14, 21-15
[4] Wong Tien Chi-Lim Chiew Sen (JHR) mn Lim Wei Hou-Nicole Tan (BAM) 21-11, 21-16
[5] Loo Bing Kun-Cheng Su Yin (BAM) mn Darrel Chew-Khor Jing Wen (PEN) 21-16, 21-17
Eskil Khaw Yong Siang-Joinne Lee (PEN) mn [6] Ng Chen Wai-Lee Zhi Qing (KL/SEL) 21-16, 26-24
[7] Jeremy Juan-Yap Ling (BAM) mn Dylan Ding Sheng Ooi-Tan Sheng Thing (PEN) 16-21, 21-17, 21-7
Mohd Nur Aidil Adha Azman-Noor Hazwani Hazair (SEL/TRG) mn Mohd Nor Firdaus Azman-Ho Lo Ee (SEL) 21-12, 21-18
Tan Zhi Yang-Vannee Gobi (BAM) mn Gerard Liau Jia Yit-Isabel Liau Bei Yi (MEL) 22-20, 21-16
- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!