Pemuda PH, BN sepakat gerak kerja bersama hadapi PRN

Mohd Hanis (duduk, tiga dari kiri) dan Mohamad Fadil (duduk, dua dari kanan) bersama barisan jawatankuasa Sekretariat Pemuda Perpaduan Negeri Sembilan.
Mohd Hanis (duduk, tiga dari kiri) dan Mohamad Fadil (duduk, dua dari kanan) bersama barisan jawatankuasa Sekretariat Pemuda Perpaduan Negeri Sembilan.
A
A
A

SEREMBAN - Pemuda Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan menjalankan gerak kerja secara bersama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Kata sepakat itu diputuskan dalam mesyuarat pertama penubuhan Sekretariat Pemuda Perpaduan Negeri Sembilan diadakan di Pejabat Amanah Negeri Sembilan, di sini pada Khamis.

Ketua Pemuda PH, Mohd Hanis Alimin berkata, kesepakatan itu menjadi detik bersejarah buat mereka dan semua parti tekad untuk memastikan kemenangan di 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

"Dengan tertubuhnya sekretariat ini, kami lebih bersemangat untuk menghadapi PRN nanti," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda BN, Mohamad Fadil Md Zin pula berkata, atas dasar perpaduan mereka bersetuju untuk duduk semeja meskipun ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Kita telah capai kata sepakat dan telah melantik barisan jawatankuasa Sekretariat Pemuda Perpaduan tanpa ada sengketa.

"Kami setuju untuk gerak bersama dan akan pastikan jentera pemuda kita di setiap DUN akan turun membantu calon-calon dari PH," katanya.

Malah mereka juga berharap ada calon dari pemuda sama ada dari BN atau PH, namun memilih untuk akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!