HUAWEI lancar nova 11 series, MatePad Air, MateBook terbaharu

Dari kiri Ling Yung, Victor Xu dan Eu Jin bersama produk terbaharu HUAWEI yang bakal berada di pasaran pada Julai. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Dari kiri Ling Yung, Victor Xu dan Eu Jin bersama produk terbaharu HUAWEI yang bakal berada di pasaran pada Julai. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

PETALING JAYA - HUAWEI Malaysia melancarkan nova 11 Series yang mula berada di pasaran hari ini.

Pengurus Pemasaran Kanan Kumpulan HUAWEI, Kelson Tan Ling Yung berkata, ia boleh didapati dalam tiga varian iaitu nova 11: 8GB 256GB (RM2,199); nova 11 Pro: 8GB 256GB (RM2,599) dan nova 11i: 8GB 256GB (RM1,299) menerusi pilihan warna Starry Black dan Mint Green.

Menurutnya, pelanggan yang melakukan pembelian pada 7 hingga 23 Julai ini layak mendapat hadiah percuma bernilai RM219.

“Nova 11 Pro menampilkan HUAWEI Multi-Vision Photography, dengan 60MP Ultra Portrait Dual Camera dan 8MP Close-up Portrait Front Camera yang menyokong 2x optical zoom dan sehingga 5x digital zoom, termasuk 0.7x group foto, 1x swafoto HD, 2x potret bertekstur dan 5x pengalaman dekat solek,” katanya pada sidang akhbar pelancarannya pada Khamis.

Turut hadir, Pengarah HUAWEI Consumer Business Group Malaysia, Victor Xu dan Pengurus Kanan Pemasaran Kumpulan Huawei Malaysia, Teoh Eu Jin.

Tambahnya lagi, nova 11 Series didatangkan dengan HUAWEI Watch 4 Series (RM1,999) yang mempunyai reka bentuk premium serta dilengkapi pengurusan kesihatan mesra pengguna dan dijangka berada di pasaran pada 15 Julai ini.

Sementara itu, HUAWEI turut melancarkan HUAWEI MatePad Air: 8GB 256GB, LTE (RM2,799) dan HUAWEI MatePad 11.5-inch: 6GB 128GB, WiFi (RM1,499)/ 6GB 128GB, LTE (RM1,699) khas untuk golongan profesional.

“HUAWEI MatePad Air merupakan tablet pertama daripada HUAWEI yang menawarkan skrin dengan kadar segar semula 144Hz, skrin HD FullView Display dengan resolusi 2.8K dan nisbah skrin-ke-badan setinggi 3:2.

“Manakala HUAWEI MatePad 11.5-inch pula mempunyai skrin dengan kadar segar semula 120Hz dan pengiktirafan perlindungan mata TÜV Rheinland.

“Selain itu juga, turut berada di pasaran bermula 15 Julai ini, dua buah komputer riba baharu HUAWEI MateBook D14: 8GB 512GB (RM3,199) / 16GB 512GB (RM3,399) dan Huawei MateBook 16s: 16GN 1TB (RM6,999),” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut layari huawei.com.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!