Azpilicueta tinggalkan Chelsea selepas 11 tahun

Azpilicueta
Azpilicueta
A
A
A

KAPTEN Chelsea, Cesar Azpilicueta akan meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selepas 11 tahun dan akan menyertai Atletico Madrid.

Azpilicueta telah menjadi tonggak utama di Chelsea sejak dia tiba dari pasukan Ligue 1 Olympique de Marseille pada 2012 apabila membuat lebih daripada 500 penampilan dalam semua pertandingan.

Dia juga telah menjaringkan 17 gol menyumbang 56 bantuan gol dan memenangi beberapa kejuaraan utama bersama kelab itu.

"Cesar meninggalkan legasi di Chelsea, sebagai seorang pahlawan, sebagai juara dan sebagai legenda Chelsea yang setia.

"Dia mencipta standard di kelab ini selama lebih satu dekad dan mempamerkan kepada setiap orang apa yang diperlukan hari demi hari untuk meraih kejayaan," kata pengerusi Chelsea, Todd Boehly dan pemilik bersama, Behdad Eghbali dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, dia dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Serie A, Inter Milan sebelum memutuskan Atletico sebagai destinasi seterusnya.

Dia menyertai senarai pemain meninggalkan Stamford Bridge Kalidou Koulibaly, N’Golo Kante dan Edouard Mendy yang telah menyertai kelab Liga Pro Saudi.

Kai Havertz, Mateo Kovacic dan produk akademi Mason Mount masing-masing telah menandatangani kontrak untuk bersama Arsenal, Manchester City dan Manchester United.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!