Southgate tak kisah jika Kane sertai Bayern

KANE
KANE
A
A
A

GARETH Southgate tidak kisah sekiranya Harry Kane berpindah ke Bayern Munich kerana ia tidak akan memberikan masalah kepada pasukan kebangsaan England.

Bayern terdesak untuk menandatangani penyerang Tottenham Hotspur tersebut dan cuba menarik kapten England itu keluar dari Liga Perdana Inggeris.

Kane yang akan berumur 30 tahun akhir bulan ini hanya berbaki setahun dalam kontraknya bersama Spurs dan keputusan meninggalkan kelab itu akan menjadi isu besar kerana hanya 12 bulan sebelum kejohanan Euro berlangsung tahun depan.

Southgate yang bercakap dalam satu rancangan di BBC membandingkannya dengan seorang lagi pemain England yang sebelum ini berada di Borrusia Dortmund, Jude Bellingham dan menegaskan bermain di luar negara tidak menghalang perkembangannya bersama England.

"Kami mempunyai Jude Bellingham di Dortmund dan kami mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Borussia Dortmund ketika Jude berada di sana.

"Kami boleh terbang dan melihat mereka, boleh pergi ke tempat latihan, mengenali jurulatih di luar negara dan pasukan perubatan kami sentiasa berhubung.

"Sekarang Jude di Real Madrid yang merupakan salah satu kelab besar dan terbaik untuknya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!