Cuaca ekstrem terus landa AS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

LOS ANGELES - Amerika Syarikat terus mengalami cuaca ekstrem di seluruh negara termasuk kejadian ribut petir, kebakaran dan gelombang haba yang melampau.

Ribut petir dijangka berlaku di High Plains barat pada Khamis disusuli tiupan angin kencang, hujan batu dan puting beliung, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) AS.

Cuaca panas terus meningkat merentasi Barat Laut Pasifik minggu ini dengan suhu menghampiri atau melebihi tiga digit di kawasan jauh dari pesisir pantai, lapor Xinhua.

Pada Khamis, amaran gelombang haba berlebihan dikuat kuasa di beberapa tempat di seluruh negara.

Cuaca panas melampau dijangka berterusan merentasi Louisiana dan sebahagian Mississipi hingga akhir minggu depan, menurut NWS.

Amerika Syarikat menyaksikan peningkatan ketara dalam kemasukan ke hospital akibat penyakit berkaitan haba pada pertengahan dan akhir Jun, terutamanya di wilayah selatan.

Gelombang haba berterusan turut meningkatkan risiko kebakaran hutan. Amaran ‘Red Flag’ bagi kebakaran hutan telah dikeluarkan di kebanyakan kawasan di Arizona Utara pada Khamis dan Jumaat.

Amaran ‘Red Flag’ ialah tahap tertinggi kebakaran berkaitan cuaca.

Ribut petir yang melanda Amerika Syarikat saban tahun menghasilkan 20 hingga 25 juta kilat, manakala lebih 20 orang maut dan ratusan lagi cedera, menurut NWS. - Bernama/Xinhua

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!