Xhaka pilih Leverkusen
PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta menyatakan penghargaan kepada Granit Xhaka selepas pemain itu meninggalkan kelab tersebut untuk menyertai pasukan Bundesliga, Bayer Leverkusen.
Pemain berusia 30 tahun itu berpindah ke pasukan Bundesliga selepas tujuh tahun berkhidmat di utara London yang menyaksikan dia memenangi Piala FA sebanyak dua kali.
"Kami mahu mengucapkan selamat tinggal kepada pemain dan orang yang hebat disayangi oleh kami semua.
"Ia adalah satu perjalanan yang luar biasa bersama untuknya dan dia telah memberikan segala-galanya untuk kelab ini. Pengaruh Granit terhadap rakan sepasukannya di padang dan rakan sekerja di kelab, akan memberitahu anda betapa popularnya dia.
"Ucapan terima kasih semestinya tidak cukup kepada Granit atas khidmat dan sumbangannya kepada kelab ini selama ini. Kami mendoakan yang terbaik kepada Granit dan keluarganya dalam langkah seterusnya dalam hidup mereka," katanya.
Xhaka sendiri kini bersedia untuk memulakan perlawanan seterusnya dalam kariernya, kembali ke Bundesliga di mana dia mewakili Borussia Monchengladbach sebelum menyertai Arsenal pada 2016.
"Saya tahu Bundesliga dan saya menontonnya ketika saya di London. Bayer 04 adalah kelab dengan sejarah yang mengagumkan dan sasaran yang tinggi.
"Saya melihatnya sebagai sebuah kelab yang mempunyai masa depan yang hebat," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!