Tiga juta hilang tempat tinggal akibat konflik di Sudan - PBB
MOSCOW - Konflik di Sudan yang berlanjutan hampir tiga bulan memaksa hampir tiga juta orang penduduk hilang tempat tinggal dengan hampir 700,000 telah meninggalkan negara itu, Sputnik memetik kenyataan Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) pada Khamis.
Kebanyakan penduduk melarikan diri ke Mesir (40 peratus) manakala selebihnya ke Chad, Sudan Selatan, Ethiopia dan Republik Afrika Tengah.
Menurut organisasi itu, hampir separuh populasi Sudan atau 24.7 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan dan perlindungan segera.
Pertempuran antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) tercetus pada pertengahan April. Keadaan di negara itu kekal tegang walaupun terdapat rundingan antara pihak bertelagah di Jeddah, Arab Saudi, yang bermula pada 6 Mei. - Bernama/Sputni
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!