Tragedi kepala air: Dua mangsa layak terima pampasan Perkeso

Sivakumar (dua dari kanan) menyampaikan sijil skim keselamatan sosial suri rumah kepada penerima Nurul Fatwa Husin (tiga dari kiri) pada Majlis Perasmian Karnival Kerjaya MyFuture Jobs dan Skim Keselamatan Pekerjaan Rakyat Terengganu 2023 di KTCC Mall hari ini. - Foto Bernama
Sivakumar (dua dari kanan) menyampaikan sijil skim keselamatan sosial suri rumah kepada penerima Nurul Fatwa Husin (tiga dari kiri) pada Majlis Perasmian Karnival Kerjaya MyFuture Jobs dan Skim Keselamatan Pekerjaan Rakyat Terengganu 2023 di KTCC Mall hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Dua mangsa yang maut dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih di Kemaman, layak menerima pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa tersebut adalah pencarum skim perlindungan dan pihak Perkeso telah mengadakan lawatan ke rumah waris mangsa.

"Pihak Perkeso akan membuat bayaran dalam masa terdekat (kepada waris)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya Myfuturejobs dan SKSSR 2023 di sini, hari ini.

Sabtu lepas, 10 orang termasuk sembilan sekeluarga hilang selepas dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Air Putih dan setakat ini sembilan mangsa yang maut telah ditemukan.

Keluarga tersebut berasal dari Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang, manakala seorang lagi mangsa berasal dari Batu Pahat, Johor. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi kepala air: Mayat ketujuh disahkan Putri Balqis Izzati

Tragedi kepala air: Mayat ketujuh ditemukan

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung cari 3 lagi mangsa

Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air

Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal

Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air

Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa

Tragedi kepala air: Hilang sepupu rapat sekelip mata

'Adik sanggup ikat perut nak kahwin hujung tahun ini'

Tragedi kepala air: Jenazah mangsa dibawa ke Felda Lepar Hilir 3

Tragedi kepala air: Dua lagi mangsa dipercayai masih di zon A, B

Tragedi kepala air: Operasi SAR bersambung, fokus di sektor A

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!