Lama menyepi, Najwa Mahiaddin kini bergelar ibu
SELEPAS hampir setahun menyepi, penyanyi, Najwa Mahiaddin akhirnya berkongsi perkembangan terbaharunya menerusi akaun Instagram miliknya.
Apa yang menarik perhatian adalah gambar hitam putih yang memperlihatkan Najwa mendukung seorang kanak-kanak.
Tidak menafikan bahawa anak kecil itu adalah anaknya menerusi kapsyen: "in motherhood era", yang merujuk kepada melalui fasa keibuan.
Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada anak bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.
Jaydeesm: "Tahniah babe.. patut lama menyepi"
Salomapapaya: "know know dah motherhood"
Nasharaina: "So good to see you back online!!"
Kali terakhir Najwa memuat naik hantaran di Instagram adalah pada 10 Oktober tahun lalu ketika mempromosikan showcasenya di The Bee Publika.
Sekadar info, wanita yang kini berusia 37 tahun itu yang memulakan debut di dalam industri seni suara menerusi single Got to Go pada tahun 2011.
Najwa kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan seorang mualaf berketurunan Cina, Idris Koh Keng Hui pada 26 Mac 2015.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!