Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Pencarum KWSP beri respons positif kaedah pengeluaran bulanan

07 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 7 JULAI 2023

Hasil tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata orang awam memberi respons positif untuk mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara berkala atau bulanan berbanding pengeluaran secara keseluruhan apabila mencapai usia 55 tahun, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan, KWSP sedang mempertimbang untuk menjadikan pengeluaran secara berkala atau bulanan bagi pencarum yang mencecah usia persaraan 55 tahun sebagai mandatori untuk ahli baharu.

Ketika ini, pengeluaran secara berkala atau bulanan itu dilakukan secara sukarela.

Artikel: https://go.sinar.la/3pB6fAa

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarHarian