NCD: Wanita lebih ramai lakukan saringan berbanding lelaki

Dr Zaliha
Dr Zaliha
A
A
A

KUALA LUMPUR - Golongan wanita di negara ini lebih cenderung menjalani saringan kesihatan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) berbanding lelaki.

Menteri Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah keseluruhan wanita secara sukarela menjalani saringan NCD di fasiliti KKM adalah sebanyak 755,689 orang,manakala lelaki berjumlah 533,772 dalam tempoh Julai 2022 sehingga Jun 2023.

“Kerajaan memperkenalkan Inisiatif Pemeriksaan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) kepada rakyat Malaysia menjalani saringan kesihatan di fasiliti kesihatan kerajaan.

"Inisiatif ini dilaksanakan sejak Julai tahun lalu bertujuan membantu rakyat mendapatkan rawatan berkaitan NCD yang mempunyai jumlah kematian tinggi dalam kalangan wanita berbanding lelaki,” katanya dalam Kongres Kesihatan Malaysia-Singapura Ke-56 bersempena Kongres MyWomen International 2023 di Hotel Royale Chulan pada Jumaat.

Dr Zaliha berkata, daripada jumlah tersebut Selangor mempunyai kadar saringan kesihatan paling tinggi manakala Pulau Pinang mempunyai jumlah paling rendah.

"Selangor mempunyai kadar saringan tertinggi dengan 61.9 peratus manakala Pulau Pinang mempunyai kadar saringan terendah 55.5 peratus pada Julai 2022 sehingga Jun 2023,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!